Kayu Nasi Kandar, dari restoran ke gerai dan kembali sebagai restoran berangkai

Kayu Nasi Kandar membuka perancangan perniagaan makanan di semenanjung Malaysia dengan meluaskan operasi di Butterworth, Kedah, Johor, Melaka. Luar negara adalah pasaran antarabangsa yang cuba diterokai dengan meletakkan London, India dan Australia sebagai matlamat awal. Itulah gambaran bagi perniagaan keluarga yang beroperasi lebih 30 tahun dari sebuah restoran kepada gerai kecil dan kembali sebagai restoran berangkai.

 Formula asas kepada perniagaan ini ialah untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dan mewujudkan ikatan perhubungan jangka panjang yang pasti mengikat memori mereka sepanjang bersama Kayu Nasi Kandar.

Bermula pada tahun 1974, Badurusaman alias Mohd Mydin telah memulakan perniagaan dengan membuka perniagaan Kayu Nasi Kandar di seksyen 2 Petaling Jaya, Selangor. Kayu Nasi Kandar pada masa itu bukanlah sebuah restoran, sebaliknya penciptaan nama dan populariti nasi kandar oleh Mohd Mydin dengan jenama ini bermula dengan sebuah gerai kecil yang disewa di sebuah restoran cina.

Kayu Nasi Kandar merupakan perubahan dalam perniagaan makanan yang diusahakan sebagai perniagaan keluarga. Pada asalnya, Restoran Ajmi merupakan titik awal perniagaan ini dimulakan pada tahun 1964 selepas mereka berhijrah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Perubahan selama lebih 30 tahun membawa kepada perubahan imej perniagaan yang lebih moden dan menepati kehendak pelanggan.

 Perubahan imej dalam perniagaan adalah satu faktor penting dalam operasi Kayu Nasi Kandar Sendirian Berhad. Imej tidak bersih, kotor, mengguna-pakai alat dapur yang lama dan operasi tidak tersusun adalah imej negatif yang cuba ditolak dengan membuktikan Kayu Nasi Kandar mempunyai etika perniagaan yang jauh lebih professional dan bersih. Kayu Nasi Kandar merupakan rangkaian perniagaan restoran milik India Muslim yang terbesar di Malaysia.

 Melalui pemerhatian pasaran selama 30 tahun, evolusi perniagaan Kayu Nasi Kandar mengambil tempat dengan membuat pelaburan dalam penyediaan premis yang lebih menarik. Kayu Nasi Kandar dengan konsep meja dan kerusi keluli, pencahayaan premis yang menarik dan berhawa dingin menjadi pencetus dan ikutan pengusaha restoran lain.

 Perkembangan Kayu Nasi Kandar pada tahun 1990 bermula apabila dua anak lelaki Mohd Mydin, Sirajudin dan Burhan membuka cawangan di Medan Selera, Petaling Jaya. Pada tahun 1999 mereka mengembangkan perniagaan dengan cawangan baru di Damansara.

 Pada tahun 2000 sehingga 2003, Kayu Nasi Kandar membuka cawangan di sekitar Lembah Kelang seperti di Taipan, Pusat Bandar Damansara, Giant, Putrajaya dan KLIA.

 Ketika membuka cawangan di Bukit Jambul dan Jalan Penang, Pulau Pinang, Kayu Nasi Kandar berhadapan dengan usaha-usaha untuk menjatuhkan perniagaan mereka. Serangan khabar angin oleh para pesaing tempatan yang menganggap mereka sebagai orang luar.

Antara khabar angin yang tersebar ialah Kayu Nasi Kandar milik bukan Islam, bahan mentah seperti ayam tidak disembelih mengikut syariat dan dibekalkan oleh bukan Islam, penggunaan ilmu hitam bagi melariskan perniagaan dan merebaknya virus SARS di premis mereka.

Isu jangkitan virus SARS memberi impak kepada merosotnya perniagaan mereka sebanyak 40 peratus. Selepas enam bulan beroperasi dengan pembukaan cawangan kedua di Pualu Pinang, serangan khabar angin tersebut mula tidak berhasil dan Kayu Nasi Kandar masih menerima kunjungan pelanggan dari pelbagai peringkat.

Makanan yang sedap sahaja bukan menjadi faktor yang menjadikan Kayu Nasi Kandar diterima ramai. Percaya dengan kenyataan ini, Kayu Nasi Kandar memperkenalkan restoran berhawa dingin dengan sebuah akuarium ikan sebagai daya penarik dalam memperkenalkan Kayu Nasi Kandar sebagai restoran yang selesa dan bersifat mesra pelanggan.

Satu kejayaan perniagaan Kayu Nasi Kandar ialah kemampuan bertahun dilokasi perniagaan yang sama dengan perubahan yang bersifat kontemporari. Sebuah restoran dengan kapasiti 420 orang pelanggan pada satu-satu masa telah dibuka di Seksyen 2, Petaling Jaya bersebelahan dengan restoran Cina tempat Kayu Nasi Kandar pertama kali beroperasi pada sekitar tahun 1970an.

Sehingga tahun 2006, Kayu Nasi Kandar mempunyai 15 cawangan seluruh negara. Medan Makan Pandan Persana merupakan lokasi ke 15 Kayu Nasi Kandar. Sasaran perniaagaan yang ditetapkan oleh Kayu Nasi Kandar ialah dengan membuka tiga cawangan di setiap negeri. Melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Kayu Nasi Kandar menggunakan pendekatan francais bagi meluaskan operasinya. Sebanyak RM500, 000 sehingga RM 1, 000 000 diperlukan sebagai modal membuka sebuah restoran Kayu Nasi Kandar.

Kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia membawa kepada konsep menang-menang kepada kedua-dua pihak. Restoran Kayu Nasi Kandar di Medan Makan Pandan Perdana menjadi agenda pelancongan berteraskan makanan dan usaha mewujudkan gerai-gerai cenderamata dan batik serta aktiviti majlis perkahwinan juga dilakukan bagi premis yang boleh memenuhi 1800 pelanggan pada satu-satu masa.

Eksport makanan sejuk beku halal ke Eropah mendorong Kayu Nasi Kandar membuat pelaburan dalam pembinaan kilang makanan sejuk beku dan makanan dalam tin halal. Antara produk makanan sejuk beku dan dalam tin yang dihasilkan ialah roti boom, kari ikan tenggiri dan daging masak hitam.
Lebih jauh lagi, Kayu Nasi Kandar tidak berhenti sebagai restoran nasi kandar sahaja. Melalui  Kayu Nasi Kandar Sendirian. Berhad, sebuah hotel kelas perniagaan bercirikan Islam dibina di Shah Alam bermula tahun 2007. Ia dijangka siap pada tahun 2010.

Hotel ini mempunyai tiga buah kedai makan dan minum termasuk sebuah restoran Mewah Kayu Nasi Kandar. Pelaburan sebanyak RM60, 000, 000 ini adalah sebahagian daripada pelaburan RM 100, 000, 000 yang melibatkan penyediaan dapur berpusat di Selangor yang menjadi pusat operasi mengangkut makanan ke restoran-restoran lain di utara dan selatan semenanjung Malaysia.

About these ads

3 Respons

  1. Syabas, rangkaian Kayu nasi Kandar s.b. Sesungguhnya saya sentiasa merasa cemburu dan iri hati bila melihat orang berjaya dalam perniagaan ini. lebih-lebih lagi Orang Islam. Dalam hati, saya sentiasa berbisik, “kalaulah saya jadi begitu!”. Doa saya semoga rangkaian Kayu Nasi Kandar akan terus berjaya dan gagah menempuh apa jua cabaran. Moga-moga rahmat kejayaan itu kelak akan tertempias kepada saya suatu masa kelak, kerana itulah cita-cita saya – mahu berjaya secara berniaga.

  2. useful n interesting book

  3. Kayu Nasi Kandar owner fined in Melbourne

    MELBOURNE: A restaurant owner who brought a Malaysian to work as a chef here and paid him less than A$10,000 over 18 months has been fined A$180,000.

    Businessman Hong Poh Meng and his company, Penang Kayu Nasi Kandar Ltd, which traded as Kayu@Boxhill, admitted breaching 11 work place laws, including underpaying a full-time cook A$76,000, the Australian Associated Press (AAP) reports.

    Two 19-year-old casual waitresses were underpaid A$4,876 and A$899 respectively.

    Hong was fined A$25,000 and the company was penalised A$158,400 in the Melbourne magistrate抯 court yesterday for the breaches, which occurred between 2005 and 2007.

    Workplace Ombudsman executive director Michael Campbell said Hong admitted bringing the Malaysian national to Melbourne and then paying him just A$9,650 for 18 months?work in his restaurant.

    揟his was less than 12% of the minimum amount the man was entitled to receive. This sort of blatant exploitation is completely unacceptable,? Campbell said in a statement.

    AAP said the company repaid the cook A$10,600 and the two waitresses a combined amount of A$805 after the Workplace Ombudsman began investigating the case in 2007.

    But Magistrate Kate Hawkins ordered the company to pay the chef A$65,341 in outstanding wages and another A$4,128 and A$841 to the waitresses.

    She said the cook was subjected to a 損attern of exploitation?and was particularly vulnerable because of his immigration status. The underpayments were 搒taggering?and 揹efied belief? Hawkins said. — Bernama

    aku ingatkan MAMAK yg punya. ropa2nya CINAN…….KAYU sungguh…..

    Bgtau pada mmbr2 atau sedara mara yang lain agar berhati2 n berfikir sebelum pergi ke restoran ni.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: