Kos apabila mengambil pekerja

Pengambilan pekerja adalah satu kunci penting bagi para peniaga mamak untuk meletakkan tanda aras kualiti dan perkhidmatan. Para peniaga mamak percaya, pekerja memberi gambaran perniagaan mereka di mata pelanggan-pelanggan. Kerana itu pemilihan pekerja dianggap suatu yang sangat kritikal dan penting untuk memastikan survival perniagaan mereka.

Terdapat beberapa cara pemilihan pekerja dilakukan. Para peniaga mamak meletakkan beberapa kunci penentu berikut sebelum memilih pekerja.

1. Kos tunai.

Kos tunai dalam pemilihan pekerja melibatkan jumlah gaji yang perlu dibayar oleh majikan untuk menggunakan khidmatnya. Kos tunai juga diukir dari sudut mobilisasi pekerja dari satu tempat ke satu tempat yang perlu ditanggungnya. Bagi pengambilan pekerja asing, isu permit kerja adalah salah satu kos yang perlu ditanggung majikan. Kos tunai juga melibatkan keperluan-keperluan pekerja melibatkan keperluan asas seperti pakaian, tempat tinggal dan makanan yang perlu ditanggung. Kesemua ini akan dikira sebelum menentukan jumlah pekerja yang hendak diambil bagi operasi perniagaan.

2. Kos masa

Kos masa melibatkan tempoh yang perlu diambil untuk menyelesaikan keperluan-keperluan pekerja sebelum terlibat dalam operasi perniagaan. Kos masa bagi majikan juga dilihat melalui kemampuan pekerja dalam operasi perniagaan setiap hari. Melalui pemecahan zon masa bekerja seperti di restoran-restoran mamak yang beroperasi dua puluh empat jam sehari, kos masa dikira dengan menentukan berapa kalikah kitaran bekerja yang mampu dipenuhi oleh pekerja melalui pertukaran syif dan bekerja lebih masa.

3. Kos risiko

Sekecil mana perniagaan yang diusahakan oleh peniaga mamak, kos risiko turut diambil kira. Risiko melibatkan anggaran jangka masa hadapan yang bakal dihadapi sekiranya berlaku masalah melibatkan pekerja dari sudut kesihatan, penerimaan sosial dan undang-undang.

4. Pembinaan imej.

Pemilihan pekerja selalu dilihat dengan kemampuan pekerja membantu membina imej perniagaan melalui dirinya. Karakteristik mesra pelanggan, cepat memberi layanan dan sentiasa dekat dengan pelanggan adalah sinonim dengan perniagaan mamak. Pekerja yang mempunyai ciri-ciri akan menjadi baris hadapan (frontline) dalam membina imej perniagaan mamak di mata para pelanggan.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: