Biar kecil jangan mati

Pada awal penglibatan peniaga-peniaga india muslim dalam perniagaan tempatan, budaya niaga mereka amat berpegang kuat kepada falsafah biar kecil jangan mati. Falsafah perniagaan ini merujuk kepada amalan para peniaga india muslim dalam membuka perniagaan awal pada skala yang kecil, mempertahankan jangka hayatnya pada satu jangka masa dan pada masa yang sama membuka ruang-ruang berniaga yang mempunyai kategori yang hampir sama.

Contoh perniagaan skala kecil india muslim dapat dilihat melalui kewujudan gerai-gerai rojak dan cendol di kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang berpotensi menjadi pelanggan. Gerai rojak dan cendol mudah alih yang menggunakan motorsikal seringkali berada berhampiran sekolah, kawasan pejabat dan berhampiran pondok bas. Malah ada juga diletakkan berhampiran gerai dan restoran berdekatan sama ada di seberang jalan atau di laluan utama menghala ke tempat tersebut.

Begitu juga perniagaan akhbar yang dijalankan dengan menyewa lot kedai kecil yang disediakan bersama dengan tempat menunggu bas awam. Evolusi perniagaan akhbar kecil ini dapat dilihat dengan kewujudan kedai akhbar di dalam pusat membeli belah dan berhampiran dengan stesyen pengangkutan awam seperti LRT dan monorail.

Gandaan perniagaan kecil sebegini dilakukan dengan mewujudkan konsep perniagaan yang sama di kawasan yang berbeza tetapi mempunya latar lokasi yang serupa.

Kedai-kedai buku milik peniaga india muslim sehingga akhir tahun 1990-an memperlihatkan masih ada kedai-kedai dengan saiz lot kedai yang kecil. Ini dapat dilihat di Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang. Saiznya yang kecil menjadikan pelanggan tidak perlu masuk ke dalam kedai. Pilihan akhbar dan majalah berlaku di luar kedai.

Falsafah perniagaan biar kecil jangan mati menunjukkan budaya niaga india muslim tidak mudah menghentikan perniagaan yang sedia ada meskipun berpeluang mencipta perniagaan lebih besar.

Perniagaan skala kecil merupakan payung kepada perniagaan besar. Perniagaan sebegini mempunyai risiko lebih kecil dan pengurusan yang mudah. Ia akan terus hidup dan beroperasi selagi mana keperluan pelanggan dapat dipenuhi dan ia tidak membawa kepada peningkatan kos atau kerugian besar kepada peniaga-peniaga tersebut.

Adanya perniagaan kecil seperti ini, ia mengurangkan beban tidak perlu kepada peniaga-peniaga india muslim Hasil perniagaan kecil seperti ini menjadi suntikkan modal bagi menjalankan perniagaan yang sama di lokasi berbeza. Kewujudan banyak peniagaan skala kecil di bawah seorang peniaga india muslim menjadi gabungan modal yang kuat untuk membuka peluang perniagaan yang berbeza.

Ia membantu peniaga india muslim dalam mengurus dan mengurangkan risiko hutang tidak perlu bagi tujuan perniagaan. Hutang itu sendiri bagi mereka boleh menjadi punca kepada kelewatan perkembangan perniagaan.

Ada respon dan pengalaman? Kongsikan di sini!

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: