Pekerja Melayu dan bisnes Mamak

Meskipun para peniaga india muslim mempunyai kecenderungan mengambil pekerja dari latar bangsa yang sama ia tidak bermakna pekerja-pekerja tempatan dari bangsa lain diketepikan.

Kemasukkan para pekerja berbangsa melayu telah mula dirasai dan memenuhi bahagian operasi perniagaan sendiri sementara itu para peniaga india muslim masih memainkan peranan dalam pentadbiran dan pengurusan perniagaan.

Kewujudan para pekerja melayu dalam perniagaan tersebut memberi pengaruh kepada perjalanan perniagaan itu sendiri. Polisi keterbukaan dalam pengambilan pekerja selain dari india muslim sebenarnya memperkukuhkan jenama perniagaan tersebut.
Para pekerja melayu membuka peluang kepada bentuk kerjasama antara perniagaan sekitar dan memberi nilai keyakinan kepada para pelanggan bahawa perniagaan india muslim memiliki nilai keterbukaan dalam berkembang.

Pengambilan pekerja-pekerja tempatan ini juga berikutan arahan kerajaan dalam mengehadkan kemasukkan dan pengambilan pekerja asing. Adanya para pekerja tempatan dalam sektor ini membantu dalam memenuhi kekosongan tersebut dan pada masa sama membentuk peluang pekerjaan setempat.

Skim pembayaran gaji pekerja, kemudahan tempat tinggal dan elaun bagi perkara-perkara lain ditentukan melalui standard tempatan. Ia berbeza apabila menggajikan pekerja-pekerja india muslim dari negara asal mereka. Tinggi atau rendah kos yang perlu ditanggung oleh peniaga india muslim apabila menggajikan pekerja tempatan adalah bergantung kepada jenis perniagaan dan lokasi serta jarak tempat bekerja.

Selain itu, budaya hidup yang tidak jauh berbeza kesan dari asimilasi hidup dan corak hidup yang hampir sama menjadikan para peniaga india mudah berkomunikasi dan menjalankan perniagaan yang digerakkan oleh para pekerja-pekerja berbangsa melayu.

Meskpun begitu, faktor agama menjadi medium yang menjadi ikatan persamaan antara pekerja melayu dan india muslim. Faktor persamaan agama amat dipentingkan kerana ia menjadi teras keyakinan dalam penyediaan dan penghasilan produk halal yang menjadi isu besar bagi para peniaga india muslim.

Ada respon dan pengalaman? Kongsikan di sini!

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: