Mamak dan Isu Sihir

Cabaran peniaga-peniaga India Muslim ialah isu penggunaan ilmu sihir sebagai pelaris perniagaan mereka. Kisah sihir dan ilmu hitam ini telah direka dan dicipta serta disebarkan secara konsisten sekali dari mulut ke mulut atau melalui sebaran elektronik seperti e-mel. Sehingga ke hari ini, cerita pengamalan ilmu hitam oleh peniaga-peniaga india muslim masih berlegar dan sukar dibendung penyebarannya.

Kisah-kisah penggunaan ilmu hitam sebagai pelaris perniagaan india muslim digambarkan dengan begitu jijik sekali dan sangat berkaitan dengan faktor kebersihan.

Misalnya kisah-kisah para peniaga india muslim menggunakan seluar dalam yang diletakkan dalam kuah dal sebagai cara menyedapkan hidangan. Selain itu, kisah menakut-nakutkan menggunakan istilah ustaz sebagai bahan penceritaan dengan menggambarkan ustaz tersebut melihat beberapa ekor jin berdiri berhampiran para pelanggan.

Berlaku juga pengedaran gambar yang diambil dan diedarkan melalui e-mel yang menunjukkan asap yang dikatakan jin-jin mengelilingi restoran india muslim. Cerita-cerita tersebut masih tidak dapat dibuktikan dan pengulangan dalam pelbagai versi masih berlaku sehingga kini.

Punca utama tersebarnya kisah penggunaan ilmu hitam sebagai pelaris perniagaan india muslim kerana faktor perniagaan itu sendiri yang mampu menarik pelanggan yang ramai dan tetap pada satu-satu masa.

Selain itu, kecepatan perkembangan perniagaan india muslim berbanding pesaing-pesaingnya yang sedia ada dalam industri yang sama menjadikan isu sihir dan ilmu hitam menjadi bahan cerita yang digunakan untuk melambatkan atau membantutkan perniagaan tersebut.

Meskipun penggunaan ilmu hitam sebagai pelaris perniagaan india muslim masih berlegar sehingga ke hari ini, kemunculan peniaga-peniaga india muslim bertambah dari masa ke semasa. Jumlah pertambahan perniagaan india muslim tidak berlaku secara mendadak. Ia bertambah dalam jumlah yang kecil tetapi konsisten dari masa ke semasa.

Peranan pertubuhan perniagaan yang mewakili peniaga-peniaga india muslim sangat cepat dalam berhadapan dengan khabar angin ini. Melalui kenyataan-kenyataan media secara rasmi menjawab tuduhan-tuduhan ini adalah usaha meningkatkan keyakinan pelanggan untuk terus mengunjungi premis perniagaan india muslim.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: