Cara Mamak urus pelanggan bermasalah

Pelanggan adalah raja dalam segala hal. Apa yang disampaikan boleh menjadi penyebab naik turun dalam perniagaan India Muslim. Mengurus pelanggan bermasalah kemahiran yang diterapkan kepada setiap kakitangan di premis perniagaan.

Sikap peniaga India Muslim yang sangat berhati-hati melayan karenah pelanggan menjadikan pelanggan lebih suka datang ke premis perniagaan buat kali kedua meskipun pada awalnya berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan buat kali pertama.

Pekerja dan majikan merupakan produk dan perkhidmatan pertama yand dilihat dan digunakan oleh pelanggan sebelum mencuba perkhidmatan dan produk sebenar. Laris atau tidak produk dan perkhidmatan bergantung kepada faktor insan.

Apabila berhadapan dengan pelanggan bermasalah, perkara yang dilakukan ialah seperti berikut.

Pertama

Apabila timbulnya aduan pelanggan, pekerja di premis perniagaan India Muslim tidak akan berkonfrantasi untuk menentukan siapa betul atau siapa salah. Aduan pelanggan terus diambil perhatian. Pekerja akan bertindak membetulkan keadaan yang diadukan. Pekerja akan datang apabila dipanggil pelanggan, mengambil kira aduan yang diambil dan kembali semula menemui pelanggan dan memenuhi aduan.

Kedua

Peranan majikan adalah untuk mengesahkan bahawa tindakan yang diambil oleh pekerjanya adalah betul. Walaupun pekerja diberi kebebasan memenuhi kehendak pelanggan, peranan majikan dan penyelia operasi premis sebagai sumber rujukan adalah penting. Pekerja akan memaklumkan kepada majikan atau penyelia sebelum membuat apa-apa tindakan.

Ketiga

Jika aduan tersebut perlu ditangani dengan lebih berhati-hati, maka majikan dan penyelia operasi premis sendiri akan berjumpa sendiri dengan pelanggan. Ini bagi menentukan sejauh mana aduan tersebut harus diambilkira dan ditangani mereka.

Keempat

Tidak semua aduan pelanggan dapat dipenuhi. Apa yang akan dilakukan ialah dengan meminta maaf kepada pelanggan jika ia tidak boleh dilaksanakan. Pemulangan wang pelanggan adalah salah satu pendekatan kurang popular yang digunakan. Menggantikan barangan dan perkhidmatan yang sama nilai adalah cara sering dilakukan. Memberi alternatif lain jika aduan tidak dapat dipenuhi merupakan salah satu kaedah yang digunakan.

Kelima

Memarahi pekerja di hadapan pelanggan adalah pendekatan psikologi yang memberi kejutan kepada pelanggan. Ia memberi gambaran seolah-oleh melayan kehendak pelanggan adalah perkara yang tidak boleh dikompromi dari sudut kualiti perkhidmatan. Suka atau tidak, pekerja harus bersedia untuk memberikan usaha seratus peratus dalam melayan pelanggan.

Memarahi pekerja tidaklah bermaksud mengherdik atau merendah-rendahkan pekerja dengan ayat-ayat yang kurang enak. Majikan atau penyelia operasi premis akan menggunakan intonasi yang sedikit tinggi, serius dan keras berbanding biasa. Pekerja sudah sedia maklum dengan keadaan ini. Meskipun pelanggan tidak memahami bahasa yang digunakan majikan ke atas pekerja. Riak muka, intonasi dan penggunaan bahasa badan memberikan bayangan tersebut.

Keenam

Susulan akan dibuat oleh peniaga India Muslim selepas beberapa hari produk dan perkhidmatan diberikan kepada pelanggan. Ia dilakukan sama ada dalam bentuk panggilan telefon, surat dan e-mel. Tidak semua perniagaan India Muslim memerlukan kepada pendekatan ini. Ia biasa dilakukan bagi perniaaan yang melibatkan pelanggan-pelangan dari kelas menengah atas. Pendekatan ini menambah perbelanjaan.

Ketujuh

Pelanggan yang mengadu datang buat kali kedua akan diberi perhatian apabila datang ke premis perniagaan. Ini bertujuan menjaga hati pelanggan agar tidak ada aduan lain timbul, memberi bayangan dirinya istimewa, menggambarkan aduan yang disampaikan dahulu telah dambil kira dan perniagaan tersebut sedang mencapai tahap yang lebih baik kesan daripada penglibatan pelanggan tersebut melalui aduanya.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: