Cara Mamak urus waktu bisnes sibuk

Dalam sebuah filem God of Cookery lakonan Stephen Chow, beliau yang memainkan peranan sebagai tukang masak terkenal telah memberi arahan kepada para pekerjanya cara-cara untuk menambah jumlah pelanggan seramai mungkin pada hari pembukaan restoran miliknya. Arahan diberi disebabkan jumlah pelanggan yang terpaksa menunggu di luar bertambah dan sedang menantikan giliran untuk masuk ke restoran.

Antara arahan ganjil yang diberikan oleh Stephen kepada para pekerjanya ialah dengan menyediakan makanan yang lebih pedas dari kebiasaan, gunakan gelas yang tinggi dan kecil dan sediakan kerusi yang selesa unuk digunakan bagi tempoh masa yang pendek.

Tujuan Stephen ialah apabila pelanggan kepedasan, mereka akan memesan air lebih dari sekali dan kerusi yang digunakan membuat mereka tidak duduk lama di restoran dan ini akan memberi peluang kepada pelangan-pelanggan lain masuk.

Pada hari pembukaan tersebut, makanan yang dijual bukan sahaja mahal tetapi disediakan dalam kuantiti yang sedikit. Stephen percaya, kehadiran para pelanggan adalah kerana kredibilitinya sebagai tukang masak terkenal di Hong Kong. Apa sahaja yang dihidangkan, para pelanggan sanggup tunggu untuk mendapatkannya.

Meskipun ia sebuah filem jenaka, persoalan dari sudut perniagaan timbul dalam adegan ini. Peniaga sentiasa memikirkan bagaimana mengawal aliran keluar masuk pelanggan ke dalam premis perniagaan secara berkesan dan selesa. Peniaga berhadapan dengan keadaan bagaimana memberi kepuasan kepada setiap pelanggan yang keluar masuk dan memastikan mereka akan datang semula untuk kali kedua dan seterusnya.

Pengusaha restoran makanan segera melaksanakan beberapa alternatif bagi berhadapan dengan waktu sibuk dengan pelanggan. Pengenalan kepada waktu siap maksimum merupakan salah sau cara yang dipraktikkan. Para pelanggan dimaklumkan tentang waktu maksima penyediaan setiap pesanan. Jika ia melebihi waktu tersebut, wang akan dikembalikan atau harga yang lebih rendah dari harga asal akan diberikan. Selain itu, hidangan air berkarbonat percuma diberikan sebagai ganti kepada kedua-dua alternatif ini.

Selain itu, pengusaha restoran makanan segera juga menempatkan pekerjanya di ruang menunggu di hadapan pintu masuk premis perniagaan. Di ruang menunggu ini, para pelanggan akan memesan menu pilihan sementara menanti mana-mana kerusi kosong. Kesemua ini bertujuan mengawal aliran keluar masuk pelanggan lebih-lebih lagi pada waktu sibuk.

Peniaga India Muslim juga melakukan perkara yang sama bagi mengawal jumlah pelanggan yang ramai pada satu-satu masa. Perubahan dilakukan agar bersesuaian dengan faktor budaya dan cara hidup setempat. Peniaga India Muslim berhadapan dengan waktu sibuk di premis perniagaan hampir setiap hari kerana premis perniagaan mereka diwujudkan dalam lokasi sibuk dan produk yang ditawarkan adalah produk bersifat harian.

Bagi memastikan pelanggan-pelanggan yang datang menunggu sementara mereka mendapatkan meja yang sesuai, pekerja premis akan sekurang-kurangnya menyediakan beberapa gelas kecil air sejuk untuk pelanggan-pelanggan. Tetapi amalan ini tidak lagi menjadi amalan popular peniaga-peniaga restoran India Muslim berbanding dahulu. Tidak dinafikan amalan ini menjadi pengikat kesetiaan pelanggan untuk datang. Hotel-hotel masih lagi percaya pendekatan ini adalah layanan bertaraf profesional untuk pelanggan sementara menantikan hidangan disediakan.

Bagi berhadapan dengan jumlah pelanggan yang ramai, peniaga India Muslim akan menyediakan tempat alternatif bagi pelanggan lain daripada keadaan biasa. Penyediaan lebih banyak kerusi dan meja bagi restoran India Muslim bertujuan bagi berhadapan dengan situasi ini.

Pekerja India Muslim berperanan untuk bertindak secara cepat dan berkesan. Para pekerja akan saling bekerjasama dan peka bagi mempastikan terdapat tempat duduk kosong untuk pelanggan. Melalui peranan pekerja India Muslim mengiringi dan menunjuk arah ke meja yang disediakan, pelanggan tidak akan hilang arah dan tercari-cari meja dan kerusi kosong apabila berada di premis perniagaan. Perkara yang sama belaku apabila pelanggan datang mencari produk dan ingin mendapatkan perkhidmatan di premis perniagaan. Pasti ada kakitangan yang terus membawa pelanggan ke produk yang dicari atau mendapatkan untuk pelanggan.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: