Kerusi pelanggan hak pelanggan

Tip bisnes mamak ini disampaikan oleh Barokah. Terima kasih – Webmaster

Kerusi pelanggan hak pelanggan

Peniaga India Muslim percaya dengan hak pelanggan perlu dihormati. Perkara ini termasuklah hak pelanggan untuk duduk di tempat yang dikhususkan kepada mereka. Peniaga India Muslim sangat mengingatkan para pekerjanya agar sesuka hati menggunakan apa-apa yang dikhususkan untuk pelanggan. Garis sempadan sengaja dicipta oleh peniaga India Muslim sebagai tanda hormat kepada pelanggan.

Peniaga India Muslim akan segera menukar kerusi atau meja pelanggan jika kelihatan tidak bersih pada pandangan mereka. Tidak ada konfrantasi timbul. Walau apa keadaan, pekerja-pekerja di premis tidak dibenarkan sesuka hati mengambil mana-mana kerusi yang dikhususkan kepada pelanggan bagi keperluan peribadi.

Kerusi pelanggan melambangkan autoriti dan dominasi pelanggan. Ia tidak ada nilai kuasa sebenar. Tetapi bagi pelanggan, merasai nilai autoriti dan dominasi terhadap tempat duduk dan meja yang dipilihnya adalah perkara yang memuaskan hati. Peniaga India Muslim menyedari hal ini dan mempastikan kuasa secara simbol melalui meja dan kerusi untuk pelanggan dihormati sepenuhnya.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: