Tip Mamak pendekkan waktu urusniaga pelanggan

Memendekkan waktu urusniaga pelanggan

Masalah pelanggan-pelanggan yang berada di premis perniagaan pada masa yang lama adalah isu biasa berlaku dalam perniagaan. Keadaan ini menjadikan pelanggan baru terpaksa menunggu sehingga mereka mendapat tempat. Situasi seperti ini sangat ketara berlaku di restoran India Muslim. Terdapat beberapa cara yang digunakan bagi memendekkan tempoh urusniaga pelanggan. Pendekatan-pendekatan peniaga India Muslim terhadap pelanggan dibuat secara berhati-hati bagi menjaga hati dan hubungan pelanggan dan peniaga.

Bertanya pesanan tambahan

Pekerja di premis perniagaan akan datang ke meja pelanggan dan bertanya sekiranya pelanggan tersebut inginkan pesanan tambahan daripada pesanan sedia ada. Pendekatan ini dibuat apabila pelanggan berada terlalu lama di premis perniagaan dan tindakan pekerja menghampiri pelanggan bertanya setidak-tidaknya menambah jualan di premis tersebut.

Penghantaran bil ke meja

Penghantaran bil pesanan ke meja pelanggan merupakan salah satu mesej tersirat memaklumkan bahawa urusniaga telah selesai dan urusniaga baru dengan pelanggan tersebut atau pelanggan yang sedang menunggu akan bermula. Pembayaran terus di meja pelanggan menjadi bahasa niaga yang difahami oleh pelanggan. Ia samalah seperti budaya membeli barang di kedai. Apabila barang sudah dipilih, pembayaran di kaunter selesai, lorong laluan kaunter itu sendiri menuju ke pintu keluar menandakan keputusan pembelian sudah diambil.

Pekerja kerap kelihatan di sekeliling meja pelanggan

Pekerja-pekerja mundar mandir di sekitar meja pelanggan juga menjadi mesej tersirat bahawa pelanggan tersebut sudah lama berada di premis perniagaan dan perlu memberi peluang kepada pelanggan lain untuk duduk di situ. Adakalanya dua hingga tiga pekerja akan berada hampir di meja pelanggan. Tujuannya agar meja tersebut dapat diduduki pelanggan lain sesegera mungkin selepas pelanggan sebelumnya beredar.

Mengosongkan meja pelanggan

Meja yang lama diduduki oleh pelanggan bakal dikosongkan dan dibersihkan selepas pelanggan selesai. Berkemungkinan pelanggan belum bersedia untuk keluar dari premis perniagaan. Setidak-tidaknya pelanggan perlu memesan sesuatu agar meja tidak kelihatan kosong tanpa apa-apa. Meja yang kosong menimbulkan rasa kurang selesa kepada pelanggan. Mahu tidak mahu, rasa kurang enak itu diredakan dengan membaut pesanan baru atau beredar membuat pembayaran.

Membersihkan kawasan sekitar

Keadaan ini berlaku pada awal pagi dalam operasi restoran India Muslim dua puluh empat jam. Membersihkan kawasan sekitar premis perniagaan dapat dilihat dengan jelas apabila para pekerja bahagian penyediaan mula membersihkan alatan dapur yang digunakan. Beberapa pekerja lain mula menyusun kerusi meja dan menyapu kawasan sekitar. Pelanggan yang melihat keadaan ini akan mula merasakan betapa perlunya dia menghabiskan hidangan dan beredar sesegera mungkin. Bagi operasi restoran India Muslim, pembersihan skala besar menambil tempat pada awal pagi sekitar jam tiga ke atas bagi persediaan operasi premis seterusnya pada jam enam pagi ke atas.

Memaklumkan waktu tamat operasi perniagaan

Pendekatan ini lebih berterus terang apabila majikan atau pekerja akan menemui pelanggan dan memaklumkan operasi perniagaan hendak ditamatkan. Ada waktunya, majikan atau pekerja bertanya jika pelanggan berminat membeli makanan secara bungkus untuk dibawa pulang.

Bertanya pelanggan jika ingin membayar

Seperti pendekatan penghantaran bil ke meja, pekerja akan datang bertanya sekiranya pelanggan bercadang melakukan sebarang pembayaran. Pekerja akan datang bersama bil dengan catatan nombor meja.

Bertanya pembelian terakhir

Bagi premis perniagaan bukan makanan, pertanyaan jurual terhadap produk-produk lain yang mungkin menarik perhatian pelanggan merupakan salah satu cara mengurus aliran keluar masuk pelanggan ke premis. Praktis ini dapat dilihat melalui pendekatan menggunakan sistem pembesar suara bagi premis-premis perniagaan yang menyewa di pusat membeli belah. Pekerja di kaunter pengumuman akan memaklumkan bagi tempoh kebiasaanya sepuluh hingga lima belas minit premis tersebut beroperasi dan meminta para pelangggan melakukan pembelian terakhir.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: