Sama tidak serupa dalam perniagaan Mamak

Peniaga-peniaga India Muslim berhadapan dengan kemunculan restoran-restoran mempunyai ciri-ciri perniagaan yang sama bertujuan meraih untung dan mengelirukan para pelanggan. Terdapat restoran-restoran yang diragui status halalnya menggunakan beberapa pendekatan untuk menarik pelanggan-pelanggan beragama Islam. Ini membuatkan peniaga India Muslim berhadapan dengan dilema dan cuba meningkatkan kesedaran serta keyakinan pelanggan. Antara pendekatan yang sering mengelirukan pelanggan ialah

  • Papan tanda perniagaan yang menggunakan perkataan yang dekat dengan nilai bangsa dan agama pelanggan.
  • Simbol bulan sabit, bintang dan ayat bismillah pada papan tanda.
  • Penggunaan tulisan khat dan ayat-ayat Quran yang diantungkan di premis perniagaan.
  • Penggunaan songkok oleh pekerja-pekerja yang melayan pelanggan.
  • Menutup kedai pada hari Jumaat.

Bagi mengatasi masalah ini, peranan persatuan peniaga yang mewakili mereka melaksanakan beberapa pendekatan bai mengembalikan keyakinan para pelanggan. Kewujudan persatuan peniaga dan kepentingan untuk menyertainya adalah salah satu kekuatan peniaga-peniaga India Muslim apabila berhadapan dengan isu-isu seperti ini. Persatuan peniaga melaksanakan beberapa pendekatan melibatkan media seperti menghantar kenyataan akhbar, membuat pertemuan dengan badan-badan berwajib, menimbulkan desakan agar tindakan lebih berkesan diambil dan mengeluarkan senarai restoran-restoran India Muslim yang halal dan diperakui tidak meragukan.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: