Isu halal dalam bisnes ala mamak

Terdapat beberapa kekeliruan peniaga bukan Islam yang cuba meniru pendekatan India Muslim dalam mengusahakan restoran berlegar dalam isu halal. Salah faham sebahagian peniaga-peniaga bukan Islam dalam industri makanan ialah mereka mengatakan halal itu hanya melibatkan kebersihan alatan dan mesin dalam proses kerja bagi menghasilkan produk.

Ada peniaga bukan Islam berfikiran bahawa mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja beragama Islam dalam premis maka operasi perniagaan itu halal.

Mereka juga percaya status halal diperolehi jika tidak menjual khinzir dan arak sahaja maka premis tersebut dianggap beroperasi dan memperniagakan produk halal.

Ada yang melihat halal itu sekadar simbol bagi memudahkan orang Islam tahu premis perniagaan dan produk yang diniagakan juga untuk mereka. Maka label halal perlu ditampal di premis. Tanpa label, pelanggan Muslim tidak akan masuk ke premis.

Salah faham ini kebiasaannya berlaku di kalangan pengusaha bukan Islam yang tidak mendapatkan maklumat dari sumber yang disahkan. Bagi membantu menjelaskan salah faham ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan Garis panduan makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam bagi pengeluaran sijil halal.

Tujuan garis panduan.

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan status halal sesuatu produk.
Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut Islam yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

Pengertian maksud Halal

Halal berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Islam.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu.

Maksud Halal, Ditanggung Halal atau Makanan Islam atau apa-apa label lain yang menunjukkan ia dibenarkan oleh agama Islam. Syarat-syaratnya ialah

  • Ia tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang Islam dilarang oleh agama Islam memakannya atau yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.
  • Tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut pandangan Islam.
  • Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang bernajis mengikut pandangan Islam.
  • Tidak bersentuhan dan berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Islam dalam proses penyediaan dan penyimpanan.

Sumber dipetik dan diolah semula dari laman web rasmi halaljakim.gov.my, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: