Mamak mencipta ruang dan peluang untuk orang lain

Peniaga India Muslim sedar konsep monopoli dalam penguasaan ruang niaga dan produk tidak wujud dalam perniagaan bermatlamatkan ibadah. Malah dalam sebuah hadis dilaporkan oleh Abu Dawud, nabi Muhammad mengharamkan sebarang betuk monopoli perniagaan. Perkongsian bijak yang diamalkan oleh peniaga India Muslim memberi keuntungan kepada peniaga dan pelanggan.
Peniaga India Muslim memberi ruang kepada peniaga-peniaga beragama Islam untuk berniaga di premis mereka. Ia disifatkan sebagai urusniaga penyewaan tapak niaga. Tetapi ia perlu mematuhi beberapa kondisi.

Pertama, jenis produk yang dijual mestilah berbeza dengan produk utama yang dijual oleh peniaga India Muslim.

Kedua, penyewa perlu mematuhi waktu niaga yang ditetapkan sama ada dibenarkan beroperasi pada salah satu waktu sama ada siang atau malam. Dalam beberapa keadaan penyewa tapak dibenarkan berniaga pada kedua-dua masa. Ketiga, pembayaran sewa tapak ditentukan sama ada bersifat bulanan, harian atau berdasarkan kiraan peratus keuntungan harian.

Peniaga India Muslim sedar tentang kepentingan peniaga-peniaga lain yang menyewa tapak premis perniagaan. Pekerja-pekerja India Muslim yang bekerja di premis utama turut membantu mendapatkan pesanan pelanggan yang memesan hidangan dari peniaga-peniaga sekeliling.

Persepsi pelanggan melihat kesemua gerai-gerai penjaja yang menyewa di tapak restoran India Muslim dimiliki oleh seorang peniaga. Ia memberi gambaran betapa besar dan berjayanya perniagaan tersebut sehingga boleh memberi variasi pilihan kepada pelanggan.

Sekiranya terdapat keperluan bagi memperkenalkan menu baru yang bukan kemahiran peniaga dan tukang masak India Muslim, pekerja yang boleh menyediakan menu tersebut akan dicari dan satu tapak kecil sebesar saiz gerai tolak disediakan utuk diletakkan di premis perniagaan bagi memenuhi permintaan tersebut. Pekerja akan digajikan secara bulanan.

Amalan perniagaan kapitalis menyarankan agar peniaga mewujudkan persaingan dengan meninggalkan pesaing sejauh mungkin. Persaingan antara peniaga meningkatkan kualiti produk dan mencipta harga pasaran yang lebih murah dan menguntungkan pelanggan.

Amalan perniagaan Islam fokus kepada keperluan pengguna dan memberi ruang perkembangan yang adil kepada peniaga-peniaga lain untuk berkembang. Konsep perniagaan dengan matlamat mencari rezeki secara halal membuka pintu. Perniagaan berteraskan agama mempromosikan amalan perniagaan bersandarkan persaudaraan.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: