Mamak menerima wang dari kedua belah tangan

Masih ada peniaga-peniaga India Muslim, khususnya yang mengusahakan restoran mengamalkan budaya mengambil wang pelanggan dengan kedua-dua belah tangan. Amalan biasa dalam transaksi perniagaan yang kita sering amalkan ialah menerima dan memberi baki wang dengan menggunakan tangan kanan. Tetapi kaedah mengambil wang pelanggan dengan kedua-dua belah tangan mempunyai maksud tersendiri.

Kedua-dua belah tangan ditadahkan dan dihulurkan di bawah paras dada apabila pelanggan membayar. Kemudian kedua-dua belah tangan ditarik ke arah penerima dengan perlahan dan penuh hormat kemudian pengiraan baki wang dilakukan. Proses transaksi ini kelihatan mempunyai protokol dan cara urus yang tersendiri.

Ia tidak jauh beza seperti cara orang Jepun apabila menerima dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan menunduk tanda hormat meskipun apa yang diberikan itu hanya sekeping kad tanda perniagaan.

Pendekatan yang dilihat tradisional ini menggambarkan betapa nilai wang yang dibayar pelanggan mempunyai nilai yang tinggi dan mesti diterima dan dihormati. Cara ini menjadikan pelanggan berpuas hati dan menyentuh hati kerana ia menunjukkan diri mereka juga dihormati. Ini menjadikan pelanggan lebih suka datang dan berurusniaga dengan peniaga berkenaan pada masa akan datang.

Cara ini disifatkan tidak popular dan jarang diamalkan dalam kebanyakkan perniagaan India Muslim. Gaya konsep perniagaan moden membawa kepada pendekatan universal dan pendedahan amalan-amalan baru dalam transaksi niaga turut mempenaruhi gaya perniagaan India Muslim.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: