Bisnes Mamak mencari keberkatan awal pagi

Amalan pada waktu pagi ketika menjalankan operasi perniagaan pada setiap hari sentiasa mempengaruhi prestasi dan pengurusan kerja. Istilah Monday Blues digunakan oleh mereka yang bekerja untuk menggambarkan hari Isnin sebagai hari yang sangat sukar untuk bekerja dengan penuh semangat. Perubahan aktiviti yang lebih banyak bersanatai dan beristirehat pada dua hari cuti Sabtu dan Ahad sangat mempengaruhi kualiti kerja pada hari Isnin. Berpagi-pagi pada hari Isnin menjadi penentu kepada keseluruhan hari bekerja.

Dalam operasi perniagaan restoran India Muslim, amalan pagi yang dilakukan sebelum dan selepas Subuh di premis banyak berkait rapat dengan perkara-perkara yang akan menarik sumber rezeki dan pencetus keberkatan perniagaan dari tuhan. Selain memastikan premis sedia dikunjungi pelanggan, bahan mentah sebagai bahan masakan sentiasa mencukupi, pekerja-pekerja telah mengambil tempat dan peranan mereka masing-masing, ada satu perkara lain yang akan dilakukan oleh pemilik restoran. Iaitu memperdengarkan bacaan al Quran di premis perniagaan.

Peniaga India Muslim percaya dengan memperdengarkan ayat-ayat al Quran setiap pagi melalui corong radio atau seumpamanya, maka ia akan menarik keberkatan kepada perniagaan. Ia menjadi pencetus kepada semangat ibadah sebagaimana yang diulang-ulang dalam falsafah perniagaan India Muslim.

Memperdengarkan ayat-ayat al Quran menjadikan sumber ketenangan dan inspirasi peniaga India Muslim untuk bekerja. Ia juga dilihat sebagai proses pendidikan perniagaan jangka panjang dengan mendidik para pekerja dan peniaga dalam meletakkan faktor ketuhanan sebagai faktor mutlak dalam kejayaan pernigaan yang diceburi mereka.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: