Strategi menjual buku, majalah dan akhbar cara Mamak

Apabila peniaga India Muslim menjalankan perniagaan buku, majalah dan akhbar, jumlah yang diletakkan juga memberi psikologi kepada penjual. Apabila sesebuah buku diletakkan dengan kuantiti yang kurang berbanding buku-buku lain, ia memberi mesej seolah-olah buku tersebut laris. Ia memberi desakan kepada pelanggan untuk mendapatkan buku tersebut. Peniaga akan menukarkan jumlah kuantiti setiap buku dari masa ke semasa bagi memastikan setiap produk dapat dijual.

Turut dibuat ialah amalan meletakkan jumlah buku pada kuantiti yang sama memudahkan peniaga menentukan jumlah jualan bagi setiap buku. Setiap minggu setiap buku yang dipamerkan di kedai buku akan disemak dari jumlah kuantiti dan keputusan menentukan apa buku yang dianggap laris dan perlu kepada pesanan tambahan berganung kepada jumlah berbaki di rak pameran.

Kaedah lain ialah menjual buku di kaunter pembayaran sendiri. Ia boleh dilihat di restoran perniagaan India Muslim. Tetapi jumlah yang diletakkan di kaunter tidak banyak melainkan satu dua tajuk sahaja. Kebiasaannya pengedar buku tunggal yang menerbitkan buku sendiri dalam skala kecil mengguna pakai kaedah ini. Mereka akan menghantar buku terbitan dan mengambil wang jualan sama ada secara mingguan atau bulanan. Buku-buku politik oleh penulis-penulis bebas yang menerbitkan dan mengedarkan sendiri antara buku yang dipamerkan di kaunter pembayaran restoran India Muslim.

Tetapi kemungkinan buku yang berada di kaunter pembayaran berhadapan dengan keadaan rosak sama ada bertukar menjadi lusuh dan kekuning-kuningan bakal berlaku kerana faktor suhu di restoran India Muslim tidak sama seperti kedai buku. Alternatif yang dilakukan oleh pengedar buku ke restoran-restoran Indai Muslim ialah dengan membungkus buku-buku tersebut dan meninggalkan satu buku sebagai naskah contoh untuk menarik pelanggan menjual.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: