Merekrut pekerja gaya Mamak

Bagi memenuhi keperluan perniagaan yang semakin berkembang, peniaga India Muslim mencari jalan bagaimana mencari pekerja yang sesuai bagi jawatan-jawatan dalam operasi tersebut. Terdapat beberapa kaedah bagaimana peniaga India Muslim mencari pekerja.

Pertama para pekerja datangnya dari ahli keluarga. Ahli keluarga adalah faktor awal pemilihan pekerja dalam membantu mentadbir operasi perniagaan. Mereka sangat penting dalam menentukan hala tuju perniagaan. Kawalan mengurus pekerja lain dan kos operasi banyak melibatkan ahli keluarga sendiri bagi merangka bajet perniagaan. Pekerja melibatkan ahli keluarga juga merupakan satu latihan penyediaan sebelum perniagaan tersebut diserah milik dan diwariskan.

Bagi tujuan mewariskan perniagaan, kakitangan melibatkan keluarga peniaga akan bekerka dalam setiap cabang operasi sebagai pendedahan kepada perniagaan itu sendiri sebelum diserahkan kuasa mentadbir.

Kedua melalui hubungan dengan komuniti kampung asal melibatkan jiran dan penduduk kampung sendiri. Mereka dibawa masuk ke negara dan dikategori dalam undang-undang Malaysia sebagai pekerja asing. Maka urusan undang-undang melibatkan visa dan permit bekerja adalah keutamaan bagi memastikan pengambilan sah dari sudut undang-undang.

Komuniti kampung asal melibatkan jiran dan penduduk kampung sendiri yang menjadi pekerja bukan sahaja terhad di peringkat pelaksanaan perniagaan semata-mata. Mereka dilatih menjadi komuniti perniagaan yang bukan sahaja bekerja tetapi berfikir dalam bekerja. Maksudnya, applikasi teknik perniagaan yang membantu mereka menjadi peniaga juga diterapkan oleh majikan. Konsep setia pekerja adalah elemen yang menjadikan pekerja bertahan untuk satu tempoh yang lama. Tetapi, majikan juga mempunyai rancangan bagi melebarkan perniagaan dengan mewujudkan peluang perniagaan di tempat lain. Maka latihan pekerja yang diterapkan dengan berfikir sebagai peniaga akan memudahkan tujuan tersebut.

Ketiga, peranan persatuan peniaga bagi mendapatkan pekerja juga sangat penting. Rangkaian hubungan niaga yang besar menjadikan persatuan peniaga bukan sahaja berperanan sebagai pangkalan data senarai peniaga-peniaga India Muslim Malaysia. Ia juga berperanan dalam memberi saluran-saluran mendapatkan pekerja bagi tujuan penambahan pekerja atau pembukaan lokasi perniagaan baru.

Peranan penduduk setempat tidak diketepikan. Peniaga India Muslim juga mengambil pekerja-pekerja tempatan yang beragama Islam bekerja di premis perniagaan. Kepentingan adanya pekerja tempatan bagi mengimbangi jumlah pekerja asing yang diimport dari luar negara. Bagi perniagaan borong, proses perekrutan pekerja-pekerja tempatan bagi bahagian operasi dan perniagaan sangat rancak berlaku. Berbeza dengan operasi restoran India Muslim, ia bergantung kepada keperluan pada satu-satu masa untuk menambah jumlah pekerja atau kekalkan yang sedia ada.

2 Respons

  1. aku pernah makan di restoran haslam , aku rasa dia pun tiru cara bisnes mamak. tak caya cuba try sekali

  2. aku cadang nak tubuhkan persatuan restoran melayu ala mamak siapa nak join

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: