Perniagaan Mamak tiada kata tidak

Peniaga India Muslim sukar untuk berkata tidak dalam urusan perniagaan. Perkataan tidak mengambarkan beberapa keadaan dan gambaran itu secara langsung memberi satu imej perniagaan yang kurang positif. Berkata tidak bagi peniaga India Muslim menggambarkan sikap tidak mampu dan tidak boleh berbuat apa-apa.

Berdiam diri itu lebih baik daripada peniaga terpaksa menyebutnya. Perkataan ini membawa tindak balas negatif dalam perniagaan lebih-lebih lagi apabila hendak memberi keyakinan pelanggan untuk terus berurus niaga. Bagi berhadapan dengan keadaan ini, peniaga India Muslim akan cuba memenuhi kehendak pelanggan. Berkata ya terhadap permintaan pelanggan menggambarkan daya upaya peniaga India Muslim untuk memenuhi permintaan tersebut meskipun ia kelihatan mustahil untuk dilakukan.

Memberi alternatif lain merupakan salah satu cara untuk menolak perkataan tidak. Pelanggan diberi pilihan melakukan urusniaga dengan alternatif yang disediakan. Memanjangkan masa berurusniaga dalam memenuhi permintaan pelanggan juga merupakan cara untuk menafikan perkataan tidak dalam perniagaan. Misalnya dalam mendapatkan produk yang tidak ditawarkan, pelanggan disarankan untuk kembali semula ke premis perniagaan pada tempoh tertentu bagi mendapatkan produk tersebut. Tetapi dalam kes seperti ini, pelanggan lebih cenderung mendapatkan produk di tempat lain jika cara tersebut lebih mudah.

Berkata tidak dalam urusniaga memberi suasana bekerja yang kurang menyenangkan bagi pekerja-pekerja. Perkataan tidak mengurangkan motivasi pekerja dan mencipta imej tidak upaya kepada majikan. Masing-masing cuba mempastikan perkataan tidak timbul dalam sebarang urusniaga.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: