Sejarah perniagaan India Muslim

Seeni Naina Mohamed memberi gambaran tentang sejarah India Muslim di Malaysia melalui penulisan Indian Muslims in Penang: Role and Contributions. Katanya, sebelum 1786, India Muslim telah pun menjalankan operasi perniagaan di Kuala Kedah. Bandar Georgetown menjadi tumpuan 1000 peniaga India Muslim berkumpul menjalankan aktiviti jual beli.

Pulau Pinang mencatatkan sejarah unik kemasukan India Muslim pada kurun ke 18. Kemasukan mereka secara beramai-ramai direkodkan lebih awal dari kemasukan orang British.

India Muslim diwakili lebih dari satu etnik

Perkataan India Muslim membawa maksud terdapat lebih dari satu etnik keturunan India yang beragama Islam berada di Pulau Pinang dan Malaysia. Tidak ada perbezaan dari sudut kuasa, kekayaan, tingkat sosial antara satu etnik dengan etnik India Muslim yang lain.

Etnik Tamil beragama Islam dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther.

Marikar diambil maksud perkataan Tamil membawa makna penduduk dengan perahu kayu. Fakta menunjukkan Marikar wujud di bahagian tanjung laut sekitar Tamilnadu.

Rawther diambil dari perkataan Mauther yang bermaksud penduduk yang menguruskan gajah dan kuda tentera diraja.

Dari sudut amalan agama Islam. Golongan Marikar mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Imam Syafie. Golongan Rawther pula mengikut undang-undang Islam berdasarkan mazhab Hanafi.

Hubungan nama keluarga dan asal usul.

Perkataan Merican yang menjadi nama keluarga dalam komuniti Melayu moden turut mempunyai pautan sejarah dengan perkataan Marikar. Ia sama seperti nama keluarga Rautin yang merujuk kepada Rawther.

Satu tempat berlainan etnik

India Muslim di Malaysia turut diwakili oleh etnik-etnik India kecil yang lain. Kerala Muslim datang dari selatan negara India yang dipanggil Kerala. Mereka juga dikenali sebagai Malabar Muslim. Mereka juga digelar sebagai Kaka yang bermaksud abang yang lebih tua. Bengali Muslim, Gujerati Muslim.

Kewujudan masjid Malabar di Beach Street, Pulau Pinang sebelum musnah akibat bom Perang Dunia Kedua dan perkampungan Malabar di Transfer Road menjadi bukti kewujudan mereka di Pulau Pinang.

Bengali Muslim pula datang dari Bengal, India. Kewujudan mereka jauh lebih lama sebelum kewujudan negara Pakistan dan Bangladesh.

Kewujudan Masjid Bengali di Leith Street dan Kampung Bengali di Butterworh menandakan kehadiran mereka ke sini.

Gujerati Muslim datang dari Gujerat, Utara India. Satu kumpulan lagi, Bombay Muslim berasal dari Maharashtra, Utara India. Jumlah mereka kecl tetapi aktif dalam perniagaan.

India Muslim di Malaysia ramai berasal dari Tamilnadu. Misalnya, bagi kawasan Thenkasi di kawasan Trinelveli, Tamilnadu mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai. Kawasan tersebut mempunyai sebuah Bandar besar bernama Kadaya Nallur. Mereka banyak berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura.

Mereka dikenali dengan gelaran Thenskasi Muslim dan Kadaya Nallur Muslim.

Satu kumpulan India Muslim juga datang dari dari daerah lain di Tamilnadu. Kebanyakkan datang dari Ramnad dan Tanjore. Mereka membentuk kumpulan perniagaan Inida Muslim di Pulau Pinang. Thenkasi Muslim menggelarkan mereka sebagai Petai Muslim.

13 Respons

  1. Memang benar kaum mamak ini di negara ini mempunyai sifat berani gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.Kebanyakan mereka lebih berjaya dari orang melayu dan berpengaruh di dalam dunia perniagaan mahupun politik seperti Reezal Merican,Hassan Merican,Rashid Hussein dll.Tetapi ini tidak bermakna kaum Melayu Asli ketinggalan jauh di dalam bidang-bidang tertentu.Orang Melayu juga mempunyai cita-cita dan kebolehan yang tinggi tetapi tidak berpeluang meraih kejayaan akibat dari masalah ‘connection’yang tidak begitu luas dan kuat.
    Walhal negara Malaysia adalah negara Orang Melayu,bukannya tempat utk keturunan mamak bermaharajalela dan mengaku Melayu,diskriminasi yang semakin meruncing di negara kita mungkin membuatkan orang Melayu Asli jauh ketinggalan.Disini saya tidak mahu menulis nama seorang ahli politik yang sekarang ini berkhidmat sebagai’orang kuat kewangan’negara kita yang berketutunan mamak berasal dari Penang.Apabila kita kaji latar belakang sejarah kehidupannya,,beliau tidak mempunyai kelulusan dalam bidang kewangan……,tetapi kini beliau hidup senang lenang…..(inilah yang dikatakan connection),,,,Siapa pula yang menjadi ‘funder’kepada peniaga peniaga mamak untuk memulakan perniagaan restoran???fikirkanlah…
    Ketelusan,kejujuran sudah tidak menjadi perkara asas yang penting ketika ini,,,maka di sini saya tidak begitu bersetuju sekiranya kita perlu melutut,merayu untuk mempelajari cara orang mamak berniaga,,,kita sebagai Orang Melayu pun ada kebolehan yang kita warisi dari nenek moyang kita…..
    Disini bukanlah saya bermaksud utk mengutuk atau merendah kaum mamak di negara kita tetapi sebagai renungan kepada orang Melayu bahawa di dalam perniagaan Restoran di negara kita masih ramai orang Melayu yang berjaya dan dikenali,,,jangan terlalu membanggakan kaum lain……

  2. Wahai manusia yang mengutuk mamak.dalam teks anda menyatakan anda tidak mengutuk mamak,tapi apa maksud yang tertulis di teks atas??? Kaum mamak hidup dengan berdiri di kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan kewangan dan lain-lain seperti kaum yang lain.Kebolehan,sifat yakin pada diri sendiri,matang,tidak terlibat dalam gejala sosial,tidak membazir duit menyebabkan kaum ini hidup dengan lebih baik dari anda.Saya juga seorang Melayu tetapi saya mendapati orang melayu semakin leka dengan kemewahan duniawi hari ini.

  3. Saya tidak bersetuju dengan ape yang saudara sebut tadi.. Kalau saudare tidak ade modal atau masalah2 lain untuk memulekan perniagaan, jangan la berasa hasad dengki dengan kaum mamak.. Siape yang bagi duit kat mamak? Mamak berdikari tau x? Bukan macam bangsa kau yang suke bergantung pada kerajaan.. Nasihat aku pada kau, jangan berdengki dengan orang atau mamak.. berusaha.. ko akan berjaya.. ko berdengki dengan kaum mamak.. Ko akan binasa.. hati-hati ek..

  4. salam..tertarik untuk memberi komen kerana isu ini sering menjadi bahan bualan..lebih malang lagi ia dikaitkan dengan semangat perkauman..kenapa rasa iri hati dengan kejayaan orang lain? adakah agama kita mengajar sedemikian? bukankah lebih elok sama2 berusaha meningkatkan diri..sapa kita untuk mengaku tempat ini milik kita? tuhan tidak memberi atau mengagihkan wilayah untuk kaum tertentu…betulkan?? jadi, mengapa ada isu mamak berjaya lebih dari penduduk asli?? pernahkah anda fikir sumbangan restoren mamak dalam ekonomi kita? mampukah penduduk asli menyumbang ekonomi yang tinggi kepada negara tanpa kehadiran restoren mamak?? fikir dahulu rasionalnya…
    im proud to be one of the ‘mamak’…bravo to all mamak…may god always bless us:)

  5. Salam,
    Actually we not mamak or melayu or what so ever…. we’re muslim…!! we’re brother.. if you claim you’re mamak, melayu, pakistan, arab, anak mami or what… you create a barrier among the muslim…. In Quran there no words for melayu, mamak, anak mami etc…. Allah said we are MUSLIM….. thats it..!

  6. lu mamak buat tabligh kat india kat malasia tak buat

  7. Salam,
    jgnla kita disini menyalahkn orang dgn kejatuhan kaum sendiri. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkn kaum itu yg mengubah nasib nya sendiri. kita sendiri boleh melihat sikap org@ melayu dimana tmpt tidak kira di tempt kerja dan sbgainya. samalah kita menilai sendiri. kenapa org melayu di perantauan juga boleh lebih berjaya???

  8. I dont give a shit about Melayu Mamak or Melayu Glokal. But still I am proud with Mamak families yang berjaya memajukan umat Islam di dalam bidang perniagaan. I think that is what the other Malays should learn from them. One more think that I would like to thanks Mamak is for breeding the beautiful rounded-eyes girls. I really treasure that :-p
    hahaha.

  9. assalamualaikum, sebagai seorang muslim pastinya ia berkeinginan untuk menjadi mukmin lagi mutaqin. buangkanlah perasaan hasad dengki phd dari diri masing-masing. tak ada mamak melayu makan ubi kayu cecah belacan. duduk hutan pakai cawat. mana datangnya pakaian? dari mana datangnya agama islam selain dari tanah arab ke negara ini?
    mengapa tak reti-reti guna fikiran? kalau ada konset free siapa yang sibuk terkinja-kinja, tengok di danga bey dulu. sekarang kita mesti bersatu dibawah panji islam. valgha mamak valargha.

  10. aku ialah melayu keturunan mamak (malayalee) tapi aku sayang kepada bangsa melayu sebab aku melayu. jangan gaduh-gaduh kan kita orang islam.

  11. for all the malays out there.just remember that malaysia will not b as wat it is rite now witout other races. cubala pk kenapa diadakan tanah rezab melayu.
    kerana takut kaum lain akan beli dari orang melayu yang kabur matanya apabila nampak duit. ada banyak lagi contoh yang bole diberi. fikir-fikirkan lah. PM mana yang anda paling sanjung kerana memperkenalkan malaysia di mata dunia kalau bukan tun dr mahathir mohamad yang berketurunan mamak. kebanyakan ahli politik juga berketurunan mamak. cubalah fikir wahai orang melayu. anda juga makan di kedai mamak.

  12. salam kpd sume sdara sudari islam. . . .sy amt sokong pendapat min,kita mmg x ptut menunding jari pada bangsa lain yg menyebabkan bangsa kita jauh ketinggalan. .kita adalah bangsa MALAYSIA. .kita spatutnya perlu ambil iktibar dari bangsa2 lain dari segi kemajuan yg mereka perolehi. . .contohnya spt bangsa cina,mereka tidak bergantung pd sesiapa bahkan kerajaan sendiri,tetapi mereka berusaha gigih dengan apa yg mereka ada. .dan perkara yg perlu kita contohi ialah MEREKA AKN MEMAJUKAN DIRI DAN BANGSA MEREKA

  13. sy tidak menyebelahi kaum mana2,tetapi apa salahnya kalau kita contohi sesuatu perkara yang bagus dan berguna pada bangsa dan agama kita. . .masalah org kita nie,dia xkn memajukan diri dia dan dlm masa yg sama dia xkn bg org ln pn maju. . .contohnye,suka buat mantram(jampi).bertujuan utk menjatuhkan perniagaan org dan sebagainya. . .rasanya saudara n saudari fhm bangsa mana yg suka wat benda2 mcm nie,so benda2 mcm nie la yg akan melingkupkan bangsa n agama kita. . .kita patut berfikiran terbuka,tidak kira la dari aspek perniagaan mahupun aspek yang ln. .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: