Kepimpinan bisnes Mamak

Pekerja lama amat berpengaruh dalam sebarang urusan perniagaan India Muslim meskipun ia perniagaan skala kecil. Budaya berniaga India Muslim amat menghormati struktur jawatan yang dibentuk dan senioriti pekerja dalam perniagaan tersebut. Ia mungkin tidak diberitahu secara jelas melalui hitam putih. Tetapi senioriti dan kedudukan pekerja dapat dilihat dari sikap yang ditunjuk ketika menjalankan tugas dan jenis tanunggjawab yang diberikan oleh majikan kepadanya.

Pekerja lama berperanan memastikan tugas-tugas yang diserahkan kepada pekerja-pekerja lain dibuat. Dalam pengurusan perniagaan restoran sekalipun, proses mempelawa pelanggan, mengambil pesanan, membawa hidangan yang dipesan dan pembayaran sentiasa dipantau oleh pekerja-pekerja lama meskipun mereka tidak terlibat dalam proses tersebut secara langsung. Ia dapat dilihat melalui sikap pekerja lama bertanya sebagai semakan kepada kerja tersebut.

Mesyuarat antara pekerja berlaku dalam dua keadaan. Pertama, mesyuarat bertujuan bagi pengagihan dan pelaksanaan tugas baru kepada pekerja. Pekerja lama mengambil peranan besar dalam menguruskan pertemuan seperti ini. Kedua, mesyuarat bagi tujuan membincangkan isu-isu yang timbul sepanjang operasi perniagaan. Tidak ada unsur dikator dalam perbincangan. Ruang bertanya terbuka apabila adanya keperluan untuk berbuat demikian.

Hormat terhadap pekerja lama dapat dilihat dalam perbincangan. Pekerja lama berperanan untuk bercakap dan pekerja-pekerja lain akan memberi ruang sehingga selesai. Tidak ada celah mencelah dalam proses ini.

Hampir tidak ada kaum perempuan bekerja dalam perniagaan restoran berbanding perniagaan-perniagaan lain. Pekerja lama memastikan pekerja-pekerja perempuan yang bekerja mendapat hormat yang sewajarnya dan bekerja secara selesa. Amalan menghormati pekerja perempuan juga dilakukan oleh pekerja-pekerja lain. Ia menjadi budaya kerja itu sendiri.

Sikap serius dalam menjalankan urusan kerja menjadikan budaya humor dan jenaka tidak begitu ketara dalam amalan perniagaan. Perniagaan itu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan perlu dikendalikan dengan bersungguh-sungguh. Peranan pekerja lama sangat berpengaruh bagi membantu majikan untuk menaikkan nama baik dan keuntungan perniagaan.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: