Kisah Pelita Samudera (M) Sendirian Berhad

Apabila Pelita Samudera (M) Sendirian Berhad membuka cawangan restoran nasi kandar pertama luar negara di Chenai, India, mereka berhadapan dengan satu masalah. Resipi yang digunakan tidak sama dengan selera di sana. Tetapi dengan membawa resipi India Muslim dari Pulau Pinang ke negara tersebut memerlukan satu jangka masa dalam membuka ruang penerimaan masyarakat tempatan.

Pelita mempunyai 12 cawangan restoran nasi kandar di Pulau Pinang, Kedah, Petaling Jaya dan di India. Percaya dengan pendekatan membuka pasaran baru, Pelita membuka langkah dengan memfokuskan Johor Bahru, Melaka, Ipoh dan Kuala Lumpur selepas membuka cawangan terakhir di Pulau Pinang iaitu berdekatan Bandar Auto berdekatan Juru, lebuhraya Utara-Selatan. Restoran tersebut dikenali sebagai Restoran Lebuhraya Pelita (Pelita Highway).

Pelita Samudera cuba meluaskan operasi di India bermula dengan Chennai, diikuti dengan Bangalore dan Bombay. Perth, Australia merupakan lokasi perniagaan seterusnya sebelum diikuti dengan London.

Disiplin yang diamalkan dalam operasi penyediaan makanan ialah tidak memanaskan semula lauk-pauk. Sebaliknya memasak semula setiap dua hingga tiga jam.

Kehendak pelanggan dikenalpasti melalui jenis pelanggan yang datang dari kumpulan sosial dan bangsa yang berbeza. Pelita Samudera juga mengkategorikan layanan dan jenis hidangan dari kelas pertengahan kepada kelas atasan.

Perbezaan harga berlaku bagi makanan berasaskan laut seperti udang, sotong, ketam dan ikan kesan daripada perubahan harga pasaran dan saiz. Bagi makanan lain ia adalah sama bagi setiap cawangan.

Sejarah perniagaan ini bermula pada 1 Julai 1995 apabila restoran pertama beroperasi di Chai Leng Park, Perai, Pulau Pinang. Lapan tahun kemudian 11 lagi cawangan Pelita Samudera dibuka.

Pelita Samudera berbeza dengan amalan perniagaan India Muslim lain. Ia bukan bermula sebagai warisan keluarga. Pelita Samudera bermula dengan lapan rakan kongsi yang mempunyai kemahiran dan latar pendidikan yang berbeza. Antara mereka merupakan pemimpin agama, arkitek, peniaga, pengurus perniagaan berasaskan makanan dan chef. Mereka merupakan ahli lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Shamsuri Ahmad.

Pada peringkat awal, Pelita Samudera berhadapan dengan kekurangan kakitangan dan jurumasak yang mahir. Pelita Samudera tidak berhadapan dengan masalah apabila rakan kongsi yang berpengalaman sebagai chef di restoran hotel lima bintang turun padang dengan melatih 80 tukang masak tempatan dan dari India.

Rakan kongsi bernama Khaliq Jamal yang juga dikenali sebagai Kaliq atau Misai ini mempunyai kemahiran memasak 60 jenis hidangan berbeza berasaskan ayam. Pelita Samudera memberi pelanggan 60 jenis hidangan pelbagai termasuklah kari kepala ikan dan makanan berempah.

Bagi memastikan bahan mentah seperti ayam dibekalkan dan disediakan secara halal, Ayam Pelita Sendirian Berhad diwujudkan di kawasan perindustrian Juru, Pulau Pinang pada tahun 2001. Kilang memproses ayam berhawa dingin dnegan kapasiti tiga buah peti sejuk beku bagi ayam dan makanan laut yang siap diproses telah disediakan.

Rekod sehingga tahun 2003, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah memastikan sijil halal dikeluarkan selepas 12 orang pekerja dilatih dalam memproses bekalan ayam sebanyak 2,500 hingga 3,000 ekor ayam sehari untuk 10 cawangan restoran Pelita Samudera yang beroperasi pada ketika itu.

Satu Respons

  1. boleh saya menjadi fancais restoran pelita. kalau boleh bagaimana cara dan berapa modal diperlukan. lokasi telah saya kenalpasti di kawasan KL.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: