Bahan mentah dan inventori dalam bisnes mamak

Bahan mentah dan inventori dalam bisnes mamak

 Satu soalan popular yang diajukan oleh pengunjung laman web rasmi Rahsia Bisnes Mamak  ialah bagaimana peniaga India Muslim dalam perniagaan restoran mendapatkan bahan mentah dan cara inventori atau stok disimpan. Menurut jurulatih francais, perniagaan kecil berasaskan makanan dan minuman (F&B) Sprint Marketing Concept, Ridzuan Mohamad dan Jelita A. Rahim,  mereka menyenaraikan beberapa alternatif yang digunakan bagi tujuan mendapatkan bahan mentah dan penyimpanan stok.

Ada pengusaha restoran India Muslim yang terus mendapatkan bahan-bahan mentah dari pasaraya utama di sekitar lokasi perniagaan. Segala macam bahan mentah seperti sayur-sayuran, daging, ayam, beras dan lain lain dibeli terus dari pasaraya hyper.

 Kedua, mempunyai pembekal dari pasar yang berperanan menyediakan bahan-bahan dan membekalkan terus kepada peniaga India Muslim. Ia dibuat di pasar-pasar borong apabila beberapa peniaga yang menjual bahan mentah yang berlainan bertindak menjadi pembekal setiap pagi. Ia sama ada peniaga sendiri akan menguruskan pembelian di pasar basar atau pembekal  menghantar terus ke restoran.

 Ketiga peranan tempat pembelian setempat mengikut cadangan persatuan. Persatuan bertindak mencadangkan beberapa lokasi pembelian bagi peniaga-peniaga restoran India Muslim mendapatkan barang mentah mereka pada harga yang murah. Persatuan memudahkan urusan mengkategori tempat pembelian bahan mentah mengikut kawasan agar para pengusaha restoran India Muslim mudah mendapatkan bekalan dan mengelakkan dari kekurangan stok.

Keempat, bagi bahan-bahan seperti rempah misalnya, ia dibeli secara import dari luar melalui pengedar yang bertanggungjawab membawa masuk ke dalam negara. Bahan-bahan rempah adalah keistimewaan restoran India Muslim dan penyediaan masakan dengan penggunaan bahan-bahan ini adalah penting bagi memastikan resipi yang disediakan berbeza dari restoran-restoran lain. Pengimport rempah juga membuka kedai dalam negara bagi memudahkan kerja mengedarkan bahan rempah kepada setiap restoran.

 Penyimpanan stok makanan lebih banyak melibatkan barang-barang kering seperti rempah, cili, gula, minyak, susu dan seumpamanya. Ia mempunyai tarikh luput yang lebih lama dan tidak mudah rosak jika disimpan di tempat yang sesuai. Barang-barang kering ini dibeli secara borong daripada pengedar. Pembelian harian bagi bahan-bahan mentah basah adalah aktiviti harian yang perlu dilakukan oleh peniaga. Ia tidak boleh disimpan lama kerana sensitif kepada keadaan sekeliling yang akan merosakkan kualiti bahan mentah sendiri.

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: