Cukai lima peratus dalam bisnes mamak

Perniagaan India Muslim turut tertakluk di bawah undang-undang dan peniaga perlu mengubah operasi perniagaan mereka agar dapat memenuhi keperluan ini.

Cukai lima peratus ke atas makanan dan minuman bukan sahaja dikenakan atas restoran-restoran makanan segera, cukai perkhidmatan lima peratus bagi setiap makanan, minuman dan rokok di restoran nasi kandar seperti di Pulau Pinang juga dikenakan dan berkuat kuasa pada 1 September 2005.

Ini selaras dengan Akta Cukai Perkhidmatan 1975, semua restoran yang berlesen yang berpendapatan RM500,000 setahun perlu mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus terhadap setiap makanan, minuman serta rokok yang dijual.

Sejumlah 260 restoran nasi kandar di seluruh Pulau Pinang menerima tidak kurang daripada 200,000 pelanggan sehari. Setiausaha Persatuan Pengusaha Restoran Bumiputera Malaysia (PPRBM), Rafiq Abdul Razak melalui kenyataan media  berkata kedatangan pelanggan berkurangan kepada 90,000 orang selepas cukai itu dikuatkuasakan.

Bagi berhadapan dengan situasi ini, kerajaan menawarkan para pemilik restoran berpendapatan RM500,000 setahun yang tampil secara sukarela menjelaskan cukai perkhidmatan lima peratus dikecualikan daripada membayar tunggakan cukai bermula dari tarikh pengisytiharan dibuat.

Bagi memastikan survival perniagaan, tindakan yang selaras dengan undang-undang menjadikan perniagaan India Muslim bertahan dan meneruskan operasi seperti biasa.

Peniaga India Muslim bersedia dengan sebarang kemungkinan dan perubahan yang perlu dan pada masa yang sama bergerak sebagai satu kumpulan dalam membawa isu-isu peniaga India Muslim kepada kerajaan bagi mempertimbangkan hal-hal yang berkaitan.

Sikap peniaga India Muslim dapat dilihat melalui keputusan secara berkumpulan dalam berhadapan dengan situasi yang berkaitan dengan perniagaan mereka.

Sebagai contoh, sebuah persatuan yang mewakili pemilik restoran di Selangor tampil secara sukarela setelah pengumuman tenatng cukai lima peratus disebarkan.

Satu Respons

  1. harap2 tiada kenaikan terhadap restoran mamak…
    supaya tak membebankan pengguna…
    walaupun saya jarang ke restoran mamak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: