Rahsia Bisnes Mamak gemparkan PWTC

Saya ketemu dengan foto ini di blog Tuan Zulkhair

Sekali lihat seperti keputusan pilihanraya diumumkan dengan calon-calon diumumkan kemenangan. Mujurlah diambil gambar saya tersenyum. Begitu juga Tuan Faisal Sharbuddin. Ini adalah gambar yang tidak dapat saya lupa sampai bila-bila. Cukup rencah emosinya.

Saya petik entri beliau,

Demikian begitu bersungguhnya para penulis tentang Rahsia Bisnes Mamak dan Puan Ainon membuat promosi buku sewaktu PBAKL lalu. Barangkali jantung tokoh bisnes atau usahawan mamak wajar dipinjam sebentar demi melonjakkan bisnes.

Terima kasih atas gambar yang disiarkan di blog beliau.

Siapakah Tuan Zulkhair?

Sedikit catatan yang dipetik dari blog beliau. Zulkifli Khair adalah perunding, penulis bebas, dan pengendali bengkel dalam bidang motivasi dan pembangunan insan, kreativiti dan inovasi, pembangunan kandungan dan penerbitan. Beliau merupakan Jurulatih Sambilan Penulisan Kreatif UTM dan Pensyarah Sambilan Psikologi Islam di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM. Beliau juga merupakan tenaga pengajar kelas Fardhu Ain untuk saudara baru Jabatan Agama Johor (JAJ) dalam bahasa Inggeris.

Kolumnis untuk majalah sisipan Estidotmy, Utusan Malaysia (2005-2007) ini merupakan penulis novel kanak-kanak Hore, kita menang!, OK dan KO Dalam Ibadah Haji dan Umrah, Cerita-cerita Motivasi untuk Ibadah Haji dan Umrah, dan 501 Soal Jawab Tentang haji & Umrah

 

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Rahsia Bisnes Mamak hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: