Usahawan tempatan memilih Rahsia Bisnes Mamak

Semalam (Ahad) saya dan Zainal singgah di PWTC untuk ke Pesta Buku. Booth PTS terletak di seberang sungai. Di celah-celah orang ramai saya terlihat Puan Sifu yang berwajah ceria… dan berpeluk Arab kami berdua! Sifu bertanya : Mana lagi?

Saya memperkenalkan beliau kepada Zainal : Kami berdua saja, Puan. Tadi ke majlis kahwin bersama Hj. Sabtu dan isterinya. Mereka akan datang ke sini petang ini.

Jawab Sifu : Hmmm, Hj. Sabtu itu ya… Saya memang mahu berjumpa dia. Saya mahu tanya mana buku dia? Nanti saya beduk sebab buku tidak siap-siap lagi!

Pesan Sifu kepada Zainal : Apabila isteri menulis buku, suami berilah semangat. Kita sama-sama berusaha pandaikan bangsa.

Zainal berbisik kepada saya : Patutlah Ela serasi sangat dengan Puan Sifu. Satu fesyen rupanya. Sama rendang!

Ramai yang saya temui ketika di booth PTS semalam. Antaranya, Pak Latip (penulis buku PTS yang banyak menghasilkan buku) bersama cucunya, Puan Ain Maisarah yang sibuk melayan peminat-peminat novel remajanya, En. Nazrul dan En. Faris.

Sebelum meninggalkan booth PTS saya membeli 3 buah buku : Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu? karya Ainon Mohd., Rahsia Bisnes Mamak karya Muhammad Faisal Sharbudin & Zamri Mohamad dan Mencari Jalan Pulang karya Kassim Ahmad.

Petikan blog usahawan Puan Norlela Zubir

 

 

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Rahsia Bisnes Mamak hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: