Ulasan Jiwa Rasa mengenai Rahsia Bisnes Mamak

Tajuk buku ini sahaja sudah menarik perhatian pembaca. Rahsia Bisnes Mamak. Penulis menggunakan perkataan Mamak bukan India Muslim. Mamak memang perkataan yang sering kita guna dan rasanya sudah jadi mesra dengan budaya setempat.

Buku ini menjadi istimewa kerana rasa saya ini adalah usaha ulung untuk berkongsi resepi perniagaan golongan India Muslim di negara kita. Saya memang sudah lama tertarik dengan perniagaan India Muslim yang mempunyai ciri-ciri perniagaan yang menarik. Keramahan tauke kedai misalnya, perlu dicontohi. Pesanan pelanggan yang biasa datang ke kedai, sudah dihadam dan diingati.

Saya tertarik dengan bab-bab awal, tentang sejarah perkataan `mamak’ juag sejarah kedatangan India Muslim ke Tanah Melayu dan bagaimana mereka memulakan perniagaan. Buku ini menjadi lebih menarik kerana penulisnya sendiri dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga India Muslim yang menjalankan perniagaan. Banyak cerita dalam buku ini berdasarkan pengalaman peribadi penulis menolong perniagaan milik keluarga.

Buku ini mungkin buku pertama tentang perniagaan India Muslim oleh penulis.

Petikan ulasan Jiwa Rasa. Baca ulasan penuh di blog beliau,

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Rahsia Bisnes Mamak hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

 

 

 

There are no comments on this post.

Tinggalkan komen