Bisnes Mamak beri peluang peniaga lain berniaga bersama-sama

Restoran India Muslim juga memberi peluang kepada bisnes-bisnes lain beroperasi di kawasan sekitar premis. Pelanggan melihat restoran India Muslim sebagai bisnes mesra perniagaan lain. Ada premis yang tidak mengecaj apa-apa kadar sewa.

Selagi mana bisnes itu bukan bisnes yang serupa dengan apa yang ditawarkan oleh restoran India Muslim, selagi itu bisnes alternatif akan beroperasi.

Ini melibatkan bisnes bersifat mobil (bergerak) seperti perniagaan burger jalanan, perniagaan baju, pakaian dan kasut secara longgok (bundle), penjual bunga, pengedar kad tambah nilai telefon dan penjual telefon.

Kesempatan ini juga digunakan oleh penjual cakera video filem dan muzik.

Pelanggan-pelanggan perniagaan sekitar ini secara langsung memberi peluang kepada peniaga India Muslim menarik pelanggan-pelanggan bisnes sekitar ke premis mereka.

Petikan Kosmo 15 Mei 2008

Praktikal di kedai mamak

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Menjalani latihan praktikal di kedai mamak?

Mungkin ramai pelajar yang tidak berminat namun bagi Low Heng Huat, 23, peluang menjalani latihan praktikal di Restoran Al-Mashur Cawangan Serampang, di sini selama dua bulan diibaratkan ‘bagai bulan jatuh ke riba’.

Heng Huat, penuntut semester enam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai ini berkata, dia begitu teruja untuk menjalani latihan praktikal di restoran berkenaan meskipun majoriti rakan-rakannya lebih banyak menjalani latihan di restoran-restoran eksklusif dan hotel-hotel mewah.

Ini kerana menurutnya, pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani latihan berkenaan begitu istimewa dan sukar diperolehi di tempat-tempat lain.

“Bukan senang untuk belajar menebar roti canai sebenarnya, selain berhadapan dengan pelanggan pelbagai kaum.”Saya telah lama tertarik dan simpan hasrat untuk bekerja di kedai mamak, dan peluang ini tak akan saya lepaskan dan pada saya ia bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’,” ujarnya kepada Kosmo!.

Menurut Heng Huat, dia tidak berasa janggal meskipun merupakan satu-satunya pekerja berbangsa Cina di restoran berkenaan kerana ramai ‘senior’ yang baik hati serta banyak membantunya.

Heng Huat telah memulakan latihan di restoran berkenaan sejak awal bulan lalu sehingga 28 Jun depan dan dipantau oleh penyelia restoran berkenaan, Jamaludin Ibrahim.

Dalam pada itu, Jamaludin ketika ditemui berkata, Heng Huat yang merupakan pelajar pertama diambil pihaknya menjalani latihan praktikal dilihat begitu berdedikasi, mudah memahami arahan serta rajin.

“Saya harap Heng Huat akan mendapat penilaian yang baik dalam latihan praktikal ini bagi membantunya mendapatkan segulung ijazah,” ujarnya.

 

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Rahsia Bisnes Mamak hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: