Orang Cina, orang Melayu dan orang India sokong Rahsia Bisnes Mamak

Pengurus Jualan dan pembaca buku Rahsia Bisnes Mamak, Tuan Damien (tengah). Beliau berketurunan Serani campur India.
Tim PTS bersama pengurus Thai Kuang, Tuan Mavin (tiga dari kanan)
Menunggu giliran bercakap
Cik Jacky Chua dari Hectar Black merakamkan ceramah penulis dari tingkat atas
Pengunjung istimewa (kiri) bersama ahli keluarga mendengar ceramah penulis PTS
Penjual roti dan donut (kanan) berdekatan dengan pentas utama mendengar ceramah penulis PTS
Remaja di tingkat dua yang berada bertentangan dengan pentas
Cik Yat (kanan) mendengar ceramah Rahsia Bisnes Mamak
Dua generasi yang memenuhi kerusi bagi mendengar ceramah penulis PTS



Selepas program ke Pantai Klebang, merasa Roti John (bin Abdullah) dan Otak-otak. Keluarga Tuan Shamsuddin Kadir.
Tuan Faisal berfikir langkah seterusnya
Hari ini merupakan penutup kepada ulangtahun ke-60 Kedai Buku Thai Kuang. Sesi terakhir bicara penulis melibatkan saya, Tuan Faisal Sharbuddin dan Tuan Shamsuddin Kadir. Berbeza daripada hari-hari sebelumnya, kali ini di hadapan ruang pameran dan pentas utama terdapat gerai pameran Maxis.

Itu juga menjadi kelebihan kepada penganjur kerana mereka yang sedang melihat-lihat produk Maxis juga berpeluang mendengar isu-isu yang kami utarakan sepanjang bicara penulis bermula jam tiga sehingga lima petang. Malah, kerjasama pihak Maxis dihargai apabila memberi ruang kepada kami menyampaikan ceramah apabila mereka merendahkan sistem bunyi yang dibawa sendiri.

Kali ini dari pentas, saya dapat melihat siapakah audien yang melibatkan diri secara langsung dan secara tidak langsung dalam program ini. Mereka yang berdiri di sepanjang koridor kompleks membeli belah Mahkota Parade adalah antara audien yang melihat acara yang berlangsung di atas pentas. Kebanyakan mereka adalah remaja. Mereka melayan diri masing-masing sambil memandang pentas yang ketika itu saya dan Tuan Faisal menyampaikan tajuk ceramah kami, Rahsia Bisnes Mamak.

Buku Rahsia Bisnes Mamak hanya tinggal sebanyak tiga naskhah berbanding hari-hari sebelumnya. Maka meja di atas pentas ditambah dengan koleksi buku lain seperti buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.

Kelihatan cucu kepada pengasas Thai Kuang dan pengurus Tuan Mavin sibuk melayan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh mereka. Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak sebenarnya membantu dari aspek penyediaan audien secara tidak langsung sepanjang empat hari lalu.

Sementara menantikan hadiah disampaikan kepada para kanak-kanak (semuanya pemenang), ibu-bapa mengambil kesempatan mendengar ceramah Rahsia Bisnes Mamak dan Merancang Kewangan daripada para penulis.

Saya lebih tertumpu kepada jenis audien dan mengambil beberapa keping gambar ketika mana Tuan Faisal sedang berceramah. Mereka berada di depan, atas, kiri, kanan dan belakang kami.

Sistem pembesar suara di pentas ini sememangnya memberi kesan besar kerana ia dapat didengar dari jauh khususnya di empat jalan masuk utama ke dalam kompleks membeli belah ini.

Seorang lelaki bernama Rio yang terlibat dalam perniagaan hartanah memberi pandangan beliau terhadap beberapa isu yang kami sampaikan di atas pentas. Malah beliau bersetuju dan sedar bahawa ini adalah kali pertama ceramah buku diadakan dan memberi galakan sepenuhnya agar aktiviti ini diteruskan. Salah satu kata-kata beliau, “Bagus, kamu orang muda terus berjuang seperti ini. Ia bagus untuk semua orang.”

Ya, beliau menyebut perkataan ‘berjuang’ di hadapan kami berdua selepas ceramah tersebut.

Kehadiran kakitangan pengurusan kompleks membeli belah Mahkota Parade juga menarik perhatian kami. Beliau bernama Jacky Chua mewakili Hectar Black, pengurusan baru yang mengambil alih operasi kompleks ini. Insya Allah, jika berkesempatan, saya akan berkongsi gambar-gambar dari kamera beliau selepas menerima e-melnya.

Kami sempat berkenalan dengan beberapa pengunjung. Antaranya, Cik Yat yang sedang bercuti panjang. Beliau merupakan petugas di Arkib Negara dan memilih Melaka sebagai destinasi percutian. Tingkah laku Cik Yat dengan menunjukkan tanda bagus secara spontan membuat kami terkejut. Beberapa komen beliau dalam perbualan pendek kami memberi kami peluang belajar memberi lebih lagi kepada hadirin dalam program pada masa akan datang.

Kami amat berbesar hati mengenali Cik Yat dan Tuan Rio yang menunggu sehingga tamat sesi ini. Selain itu, kehadiran satu keluarga yang berdiri di belakang kerusi-kerusi penonton menarik perhatian kami. Bersama-sama seorang lelaki (kami anggap ayah mereka), yang berkerusi roda dan anak-anak tekun mendengar ceramah yang disampaikan. Kehadiran mereka memberi inspirasi kepada kami. Kepercayaan menjadi teras kepada mereka terus berdiri dan mendengar dari awal hingga akhir sesi.

Penjual roti dan donut yang terletak tidak jauh dari pentas menarik perhatian saya. Beliau mendengar isi ceramah yang disampaikan dalam bahasa Melayu.

Corak audien di Melaka mempunyai variasi yang besar berbanding Kuala Lumpur. Jelas pecahan komposisi pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai kaum. Maka variasi isi penyampaian dengan sensitiviti budaya yang tinggi adalah rencah kepada pengucapan awam dalam majlis seperti ini di Melaka.

Puan Norlela Zubir dan Tuan Zainal datang memberi sokongan beliau. Terima Kasih kerana kehadiran yang cukup bermakna dan memberi dorongan besar kepada kami.

Pada akhir perpisahan kami dalam program ini, Tuan Mavin, pengurus Thai Kuang berkata, “Bulan Ogos ini kami ada aktiviti lagi. Saya harap kita dapat bekerjasama lagi.”

 

Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Rahsia Bisnes Mamak hari ini sementara stok masih ada. Klik di sini

There are no comments on this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: