Tip Bisnes

Saudara dan saudari mungkin pernah menggunakan sebarang perkhidmatan dan produk bisnes mamak baik restoran, kedai buku dan majalah, pertukaran wang dan apa sahaja. Mungkin saudara dan saudari pernah terlintas di fikiran budaya niaga yang pernah mereka praktikkan ketika berurusan. Para pengunjung blog ini ingin mendengarnya dari anda. Isikan kotak komen di bawah.

Contoh

Saya pernah makan di sebuah restoran mamak. Apa yang menarik ialah Haji Maidin yang menjaga kaunter wang awal-awal lagi memberi salam dan menyebut nama saya. Selepas itu dia bertanya, “Encik Salim, roti canai dengan gula. Air milo panas macam biasa ya?”

Terkejut saya sebab dia mengingati pesanan makanan saya di restoran tersebut.

Bagaimana pula dengan cerita saudara dan saudari?

Blog Rahsia Bisnes Mamak juga akan berkongsi tip-tip dan perkembangan terbaru Rahsia Bisnes Mamak melalui kategori Tip Bisnes Mamak. Skrol, gerakkan tetikus hingga ke bawah laman blog ini

3 Respons

  1. Tip dari pengunjung bernama Barokah

    Jika layan segera pelanggan yang datang itu aku amat setuju. Satu lagi susah hendak tengok pekerja kedai mamak duduk di kerusi pelanggan.

    http://barokah.wordpress.com

  2. Saya ada kongsi tentang bisnes mamak di blog saya http://afyan.com/ver1/?p=48

  3. tidak semua restoren mamak sama layanannyer…ada juga yg teruk layanan nya…

Tinggalkan komen